Wednesday, 29 May 2013

JIN DIKATEGORIKAN BERKELOMPOK..

Sememangnya Allah swt tidak mengambarkan akan rupabentuk dan paras wajah Jin, Syaitan dan Iblis dimana-mana ayat didalam Al-Qur’an, tetapi Allah swt telah memberi izin kepada golongan Jin tertentu menzahirkan diri mereka menyerupai apa saja rupa bentuk yang mereka sukai kecuali rupa paras Nabi Muhammad saw. Maha Suci Allah swt dan Sifat Maha Mengetahui apa-apa yang tersembunyi dan yang nyata. Iaitu jika ia dibenarkan juga menyerupai Nabi, maka hancurlah semua umat Islam hari ini.
Begitu pun pemiliharaan yang Allah swt telah tetapkan kepada kesucian rupa paras Nabi saw, masih ada juga segelintir manusia mengaku menjadi Nabi (dengan hasutan Iblis dan syaitan), mengaku bercakap dengan Nabi dan mendapat mandat mengantikan Nabi akhir zaman, dan tak terkira banyaknya manusia yang bermimpi bertemu ‘Nabi’ (jelmaan Iblis) dan membawa ajaran baru. Begitulah tipu daya Iblis kepada manusia yang telah disesatkan olehnya. Berhati-hati jika anda didatangi mereka ini.
Sesetengah Ulama menyatakan bahawa rupaparas makhluk Jan (datuk Jin) selepas dijadikan Allah sememangnya menjadi rahsia-Nya. Tetapi selepas mereka dicampakkan kebumi maka sesetengah golongan Jin ini menjelma ke beberapa rupa iaitu Anjing, Ular, Manusia dan lain-lain. Mengikut Ulama itu lagi bahawa rupa, tingkahlaku, kelakuan para Jin adalah lebih kurang 80% menyerupai Manusia dan 20% menyerupai Malaikat. Rasulullah saw didalam beberapa hadis yang telah diriwayatkan menerangkan bahawa Jin tergolong kepada 3 kelompok besar iaitu :

Telah diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dari sanad soheh yang bermaksud;

“Dari Jabir Nafir, dari Abi Sa’labah Al-Kuntsa ra bahawa ia mendengar Rasulullah
saw bersabda, Jin terbahagi kepada tiga kelompok, pertama adalah Jin yang
mempunyai sayap yang boleh terbang ke udara, kedua adalah Jin yang berupa Ular
dan Anjing, sedangkan yang ketiga adalah yang boleh berubah-ubah bentuk dirinya”.

Manakala yang diriwayatkan pula oleh Ibnu Abbas ra, beliau menyatakan bahawa;

“Anjing itu termasuk kepada golongan Jin. Ia merupakan salinan (jelmaan) Jin.
Kalau ia menghembus-hembuskan nafasnya dekat pada makanan mu, maka campakkan makanan itu kepadanya kerena ia mempunyai selera terhadapnya. Akan tetapi yang berwarna hitam gelap dengan dua titik putih diatas matanya adalah Jin yang sangat jahat. Kalau kamu melihat anjing seumpama ini, jangan dibiarkan. Bunuhlah ia”.

Manakala dari soheh Muslim, telah diriwayatkan hadis dari Abdullah ibnu As-Shamit, dari Abu Dzar ra, bahawasanya Rasullah saw bersabda yang maksudnya;

“Bila kamu berdiri untuk mengerjakan solat, maka buatlah oleh mu halangan yang
merupakan tanda bagi mereka yang lalu, kerana jika kamu tidak berbuat seperti
itu maka solat mu akan diputuskan (diganggu) oleh keldai, kaum wanita dan anjing
hitam”.

Imam An-Nawawi RahimakumuAllah pernah memberitahu didalam syarahannya bahawa perkataan “Al-Bahim” (didalam hadis-hadis tersebut) merupakan anjing yang hitam pekat. Manakala dua titik putih diatas kedua matanya agak mudah dilihat (disebabkan perbezaan warna yang jelas antara hitam dan putih itu). Dari kitab al Musaqah.
Manakala dari Iman Al-Bukhari Muslim meriwayatkan dari Ibnu Umar ra, bahawasanya ia mendengar Rasullah saw berkhutbah dimimbar masjid dan bersabda yang maksudnya;
“Bunuhlah ular. Bunuhlah Dzu At-Thafiyatan dan Al-Abtar, kerana kedua-dua binatang itu menyembur mata dan mengugurkan kandungan”.
Ulama mentafsirkan bahawa yang dikatakan ular jenis Dzu At-Thafiyatan itu adalah ular yang mempunyai garisan putih dibelakang kepalanya. Manakala Al-Abtar pula ialah ular yang tidak mempunyai ekor. Jika disini, masyarakat mudah melihat ular tedong selar dan ular senduk yang mempunyai garis dibelakang kepalanya (juga dikenali sebagai ular senduk/senduduk/sendung/tedung/tadang/cobra/king cobra). Juga ular yang tak berekor dipanggil ular kontot. Memanglah kedua-dua jenis ular ini mempunyai bisa yang tersangat kuat yang boleh menyebabkan kematian dengan cepat, apabila ibu yang sedang mengandung dipatuk oleh ular-ular jenis ini maka akan keguguran kandungannya akibat menahan bisa yang tersangat kuat itu. Ini telah disahkan sendiri oleh seorang Raja Ular dari Perguruan Permainan Ular di Batu Malang, Surabaya, Jawa Timur.
Setelah kita merenung hadis-hadis Rasullah saw berkenaan 3 kelompok Jin tadi, terdapat satu lagi golongan yang yang telah disebut didalam Al-Qur’an iaitu :
Allah swt berfirman didalam surah Al-Ambiyaa’ ayat 82, mafhumnya;
“(Kami tundukan) diantara syaitan-syaitan, mereka yang menyelam masuk laut
untuk (keperluan) Sulaiman dan mengerjakan perkerjaan yang lain daripada itu
dan adalah Kami memelihara mereka”.

Mengikut keterangan Ulama-ulama tafsir, ayat ini menerangkan perihal Mukjizat Nabi Allah Sulaiman as yang boleh memerintah kerajaan Jin dimana semua para Jin ini menjadi pekerja kepada baginda. Ada yang Menyelam kedasar laut untuk mencari mutiara dan ada pula yang berkerja membuat bangunan dan lainnya. Oleh itu ada lagi satu golongan Jin yang berkebolehan menyelam ke dasar lautan, sungai atau tasek. Jika kita bertanya kepada orang asli laut (Orang Seletar, juga ada yang menyebut sebagai Sakai Laut), mereka akan mengatakan ‘hantu laut’. Oleh itu boleh dirumuskan bahawa ada satu lagi golongan Jin yang mendiami lautan, tasek atau sungai yang perlu diambil kira juga, maka kesemua kelompok Jin ini adalah 4 iaitu:

1) Kelompok bersayap yang boleh terbang.
2) Kelompok Anjing dan Ular.
3) Kelompok yang boleh berubah-ubah bentuk.
4) Kelompok yang boleh menyelam

Jika mengikut keterangan daripada Guru-guru Ahlilah yang pernah tinggal di Alam Jin ini untuk beberapa ketika, mereka memberitahu bahawa terdapat berjuta-juta bentuk dan rupa paras golongan Jin ini yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana tak dapat disamakan dengan apa juga bentuk dialam nyata ini dan tidak dapat diterima oleh logik otak manusia (kepada yang tidak menyampai, tolong ambil mudah, kerana ia diluar waras akal). Walau bagaimana sekali pun terdapat juga rupa bentuk yang bolehlah ditafsirkan seperti berikut:

1) Jika golongan Jin Islam yang beramal soleh serta alim, rupa parasnya cantik dan elok.

2) Manakala golongan Jin Kafir atau Jin Islam yang fasiq serta munafiq, rupa parasnya hodoh, kotor dan mengerikan.

3) Ada golongan yang terlalu Gemok dan boleh membesarkan badannya sebesar gunung, manakala ada juga yang kurus dan boleh mengecilkan tubuhnya sehalus kuman yang boleh masuk keliang roma Manusia beramai-ramai.
4) Ada golongan yang sangat tinggi dan ada yang sangat rendah, ada yang leper (leper), bulat, lonjong, berpintal pintal berubah saiz dan bentuk juga.
5) Mereka juga berwarna-warni mengikut golongan atau puak. Ada yang puak biru, puak merah, puak kuning, puak hitam, puak putih, puak hijau dll. (seperti yang diceritakan dalam filem Allahyarham Tan Sri P. Ramli)

6) Mereka boleh tinggal dikesemua bahagian dunia, dipermukaan bumi, dalam bumi, diatas air, didalam air, diatas awan, diudara, didalam hutan, diatas pokok, didalam rumah tinggal, surau tinggal, disungai, dilaut, dibukit-bukau, dipuncak gunung malahan dimana-mana sahaja.

7) Bilangannya teramat ramai, berbillion-billion kali ganda dari jumlah manusia. Boleh ditakrifkan bahawa ‘setiap ruang ada dia’. Jika Allah swt memberi manusia
dapat melihat, susah manusia nak hidup. Sesak nafas, rimas dan tak boleh nak bergerak pun. Mereka boleh lihat apa sahaja perbuatan manusia. Itu sebab kita disuruh tutup aurat ketika mandi, ketika bersama Isteri, ketika keluar rumah dan ketika berseorangan. Mereka ada disekeliling kita memerhati gerak-geri kita.

8) Ungkapan ‘sebaik-baik Jin sejahat-jahat manusia’ adalah benar. Jin Islam paling tinggi iman, wara’, soleh, alim dan yang paling berilmu, masih lagi ada sifat Mazmumah di dalam diri mereka seperti riak, takabur, ego, ujub dan lain-lain yang pula boleh bila-bila masa berubah menjadi kufur, murtad, munafik dan zalim sekelip mata saja. Terutama apabila manusia mengambil dirinya menjadi ‘Khadam’ atau ‘Sahabat’. Di saat itu juga ia kufur pada Allah swt kerana ujub dan takabburnya pada Allah. Ia jadikan manusia itu hamba dia dalam semua bentuk beribadah sebagai syarat untuk berdamping. Manusia yang bodoh itu menurut kehendak Jin itu. Jadilah dia duduk di dalam syirik besar iaitu menduakan Allah swt tanpa sedar, kerana pergi meminta pertolongan selain daripada Allah. Ia mengambil Jin sebagai wali (penjaga).
Menjurus kepada permasaalahan orang-orang Melayu yang berkait rapat dengan alam Mistik, dikawasan Nusantara inilah tertumpunya segala ajaran sesat, kepercayaan kebatinan, ajaran-ajaran Mistik Pagan Mesir Kuno, ajaran penyembahan Iblis, penyebaran fahaman-fahaman sesat serta banyak lagi fahaman songsang ditambah pula dengan campurtangan ajaran keagamaan seperti Majusi sembah Dewa, Buddha, Hindu dan Kristian. Jika di Indonesia masaalah ini begitu kronik sekali. Kejatuhan moral ummat Islam disana sangat mencabar pihak yang menjaga hal-ehwal agama Islam disana.
Dengan jumlah ummat Islam yang begitu ramai, kekurangan dana pembayaran, masaalah kemiskinan masyarakat Islam dan budaya mudah sangat menerima segala bentuk ajaran yang dianggap agama bagi mereka, maka menyababkan mereka sukar membendung jumlah Umat Islam yang menjadi MURTAD setiap hari. Inilah sebabnya Indonesia ‘dipilih’ oleh mereka-mereka yang bergerak sebagai penaja, menyalurkan dana badi tujuan untuk dijadikan pusat penyebaran dakyah sesat mereka. Orang-orang Melayu Malaysia yang selalu menganggap pencarian Ilmu Agama atau pun Tarikat yang lebih murni boleh diperolehi disana yang akhirnya terjebak dengan dakyah songsang Kepercayaan Kebatinan yang mirip ajaran Tarikat.
Mereka menjadi pengikut Iblis dan kuncu-kuncunya disana dan kemudian kembali kemari untuk menjalankan pula dakyahnya disini. Ada juga yang kawan temui sendiri disana memberitahu, mereka datang memang mencari Ilmu seumpama itu untuk cepat kaya. Mencari jalan pintas yang mudah untuk kebendaan dunia langsung menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada ajaran Iblis. Inilah senario sebenar yang berlaku dalam masyarakat di Kawasan Nusantara ini. Cetek pengatahuan agama adalah punca sebenar akan pekara ini.
Justeru perhatikan muslihat Iblis yang menjadikan manusia-mahusia Iblis sebagai pendakwahnya. Sekarang Syaitan dan Iblis tidak lagi bersusah payah untuk berkerja menyesatkan Umat Islam. Mereka telah punya askar-askar, kuli-kuli dungu yang berkerja untuk mereka dengan menerima bayaran yang murah. Iaitu manusia-manusia bodoh yang telah di adaptasi, di ‘mind control’ kan menjadi sebahagian dari mereka. Kawan menyeru agar anda berwaspada, tidak berapa lama lagi mereka ini akan menyerang Malaysia habis-habisan bagi menarik seberapa ramai orang-orang Melayu yang beragama Islam menjadi sesat seperti mereka. Ingatlah akan pesanan kawan mu ini “Syaitan dan Iblis itu adalah musuh kamu yang paling Nyata!!”
Orang-orang Melayu yang sangat kreatif selalunya menganggap golongan Jin ini boleh menjadi budak suruhan mereka. Sebenarnya anggapan ini tersangatlah SALAH dan jauh tersasar. Golongan syaitan dan Iblis ini sangat bijak. Mereka dulu hafal Al-Qur’an, mereka kenal asal-usul kejadian manusia, mereka tahu kelemahan manusia, mereka sentiasa mengintai gerak geri manusia, mereka mengikuti setiap benih yang jatuh kerahim wanita Muslim, mereka duduk disebelah janin manusia dalam rahim ibu Muslimah dan mereka turut lahir bersama setiap bayi Muslim yang lahir dan membesar bersama-sama mereka.
Nah, sekarang bagaimana? Masih lagi mengatakan mereka itu golongan yang boleh ditunggang seperti kuda? Mereka tidak hairan dengan ayat yang kamu jampi. Mereka berpura-pura mengikut telunjuk kamu asalkan kamu jadi sesat. Mereka yang sebenarnya menungangi kamu seperti keldai dungu. Ya! Seperti keldai yang dungu dicucuk hidung dan dipukul diponggonnya suruh ia berlari kearah yang mereka mahukan. Kawan akan buka pekong ini, kawan akan bogelkan kamu satu persatu hingga kamu malu untuk tinggal diatas dunia Allah ini. Malu dengan sikap kamu yang bodoh menyesatkan diri sendiri. Malu untuk menghirup udara milik Allah swt 


No comments:

Post a Comment